Thursday 8 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (4)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5
Bilangan Murid : 30 orang
Tarikh : 10 Oktober 2011
Masa : 9.45 – 10.15 a.m
Tajuk : Pengimbuhan Awalan peN-
Fokus Utama : 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk
dengan menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang
betul.
Aras 2 (i) Mengelas maklumat berdasarkan sesuatu topik
yang dibincangkan.
Fokus Sampingan : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat
majmuk.
Aras 1 (i) Menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
berdasarkan tajuk yang diberikan.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid berupaya:
1. menghuraikan idea dengan memberikan penjelasan.
2. menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk daripada tajuk.
3. mengelaskan kata dasar mengikut imbuhan awalan yang betul.

Sistem Bahasa : Imbuhan awalam ‘peN-‘

Pengisian Kurikulum : Ilmu - Kajian Tempatan

Nilai Murni - Kerjasama
- Mematuhi peraturan
KBT - Konstruktivisme
KB - Membanding dan membeza
- Mengelaskan