Saturday 10 December 2011

Thursday 8 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (4)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5
Bilangan Murid : 30 orang
Tarikh : 10 Oktober 2011
Masa : 9.45 – 10.15 a.m
Tajuk : Pengimbuhan Awalan peN-
Fokus Utama : 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk
dengan menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang
betul.
Aras 2 (i) Mengelas maklumat berdasarkan sesuatu topik
yang dibincangkan.
Fokus Sampingan : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat
majmuk.
Aras 1 (i) Menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk
berdasarkan tajuk yang diberikan.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid berupaya:
1. menghuraikan idea dengan memberikan penjelasan.
2. menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk daripada tajuk.
3. mengelaskan kata dasar mengikut imbuhan awalan yang betul.

Sistem Bahasa : Imbuhan awalam ‘peN-‘

Pengisian Kurikulum : Ilmu - Kajian Tempatan

Nilai Murni - Kerjasama
- Mematuhi peraturan
KBT - Konstruktivisme
KB - Membanding dan membeza
- Mengelaskan
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (2)

Tarikh : 21 Jun 2011

Masa : 9.15 – 10.15 a.m

Kelas : 6B

Saiz kelas : 36 orang

Tahap pencapaian Murid : Cemerlang dan Sederhana

Subjek : Bahasa Malaysia

Topik : Perjalanan yang Selamat

Tema : Perjalanan Selamat ke Sekolah

Konsep utama : Fokus utama
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara yang
dibaca.
Aras 3 (ii)Menghuraikan maksud ayat yang dibaca.

Fokus sampingan
4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat
tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan
tersusun.
Aras 1(ii) Menyuarakan pandangan tentang sesuatu isi.

PKJR
2.1.3
7.4.2
10.1

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid tahu dan sentiasa mengamalkan nilai murni
iaitu menjaga keselamatan diri semasa berjalan kaki di
jalan raya.

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid berupaya:
1.Membaca kuat petikan berita dengan sebutan dan
intonasi yang betul.
2.Menyuarakan pandangan tentang bahaya yang wujud
berdasarkan petikan dengan betul.

Sistem Bahasa : Tatabahasa - Imbuhan apitan

Kosa kata - berjuntai
- mencantas
- menebang
- bonggol

Pengisian Kurikulum : Ilmu - Kajian Tempatan
- Pendidikan Moral

Nilai murni : Berwaspada, bertanggungjawab, menjaga keselamatan

Bahan Bantu Mengajar : OHP, komputer riba, petikan, lembaran kerja, Jadual
Pengurusan Grafik, Buku rampaian, kertas majung, pen maker

Strategi P & P : Bersoal-jawab, Main peranan, Kumpulan

Setting bilik darjah : Kumpulan
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (1)

Tarikh : 4 Mei 2011

Masa : 11.05 – 12.05 p.m

Kelas : 6B

Saiz kelas : 33 orang

Tahap pencapaian Murid : Sederhana

Subjek : Bahasa Malaysia

Topik : Kami Anak Malaysia

Tema : Negaraku di Rantau Orang

Konsep utama : Fokus utama
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan yang
betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 3
i) Membaca lancar teks pelbagai laras dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks
yang dibaca.

Fokus sampingan
9.1 Mengimlak (mengambil rencana) berdasarkan teks yang
dibaca.
Aras 2
i) Menulis pelbagai jenis ayat diperdengarkan.

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah menyanyikan lagu Negaraku semasa
perhimpunan sekolah.

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid berupaya:
1. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Menjawab empat soalan pemahaman berdasarkan teks secara lisan.
3. Menyenaraikan 10 kata berimbuhan daripada teks.
4. Menyenaraikan 10 kata dasar daripada kata berimbuhan.
5. Menulis semula tiga ayat yang diperdengarkan dengan betul.

Kemahiran bernilai aras tinggi : 1. ICT
2. Kemahiran berfikir
3. Kecerdasan Pelbagai
4. Kajian masa depan
Nilai murni : Cinta akan negara, kerjasama,

Bahan Bantu Mengajar : Senikata lagu, pita rakaman, petikan, lembaran kerja, Kad
soalan, Jadual Pengurusan Grafik, Buku rampaian

Strategi P & P : Nyanyian, Bersoal-jawab, Main peranan

Setting bilik darjah : Kumpulan

Wednesday 7 December 2011

MEMAHAMI BAHASA SURAT-MENYURAT

Kita menggunakan kata ganti nama diri yang berbeza-beza dalam urusan surat-menyurat. Contoh ganti nama diri yang biasanya digunakan adalah seperti berikut:


saya /kami - kenalan, maksud dan rakan taulan.





kekanda - abang, kakak atau saudara yang lebih tua.





adinda - adik lelaki atau perempuan dan saudara yang lebih muda.





anakanda - anak lelaki atau perempuan atau anak saudara





ayahanda - bapa atau bapa saudara





bonda - emak atau emak saudara





nenda - datuk atau nenek





cucunda - cucu lelaki dan perempuan atau cucu saudara





dinda - isteri






kanda - suami





cikgu - guru atau guru besar





saudara - kenalan lelaki





saudari - kenalan perempuan